Penggajian para pekerja bukan pemastautin di Sabah adalah tertaluk kepada peruntukan di bawah seksyen 118, Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) Para majikan di negeri ini adalah dikehendaki untuk memohon bagi mendapatkan Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin daripada Pengarah Tenaga Kerja Sabah sebagaimana yang terkandung di dalam petikan seksyen berikut:

"Section 118 (1), No person shall employ any non-resident employee unless he has obtained from the Director a License to Employ Non-Resident employee."

Kesesuaian seseorang majikan merupakan kriteria utama yang perlu dikenalpasti dalam mempertimbangkan dan meluluskan permohonan Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin.

Ciri-Ciri Seseorang Majikan Yang Sesuai

·         Operasi perniagaan yang diceburi oleh pemohon (majikan) hendaklah sah disisi undang-undang negara dan mempunyai latarbelakang kewangan yang kukuh;
·         Pemohon (majikan) berkenaan tidak ada melakukan sebarang kesalahan yang bersabit daripada perlanggaran ke atas mana-mana peruntukan undang-undang buruh serta perundangan-perundangan lain yang berkaitan;
·         Pemohon (majikan) berkenaan hendaklah melindungi semua pekerja bukan pemastautin dalam penggajiannya di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing sepertimana yang termaktub di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952;
·         Perkhidmatan para pekerja bukan pemastautin yang akan digaji hendaklah benar-benar diperlukan oleh pemohon (majikan) berkenaan;
·         Kadar gaji yang ditawarkan kepada para pekerja bukan pemastautin hendaklah sama seperti kadar gaji yang dibayar kepda para pekerja warganegara tempatan.

 

Kategori pekerjaan dan sektor ekonomi yang dibenarkan.

·    Perkhidmatan Pembantu Rumah.

·    Buruh Am di sektor:-

              i.        Perladangan

             ii.        Pertanian

            iii.        Penternakan

            iv.        Pembuatan

             v.        Pembinaan

 

Kewarganegaraan Pekerja Asing Yang Dibenarkan

·    Warganegara Indonesia

·    Warganegara Filipina

 

Tempoh Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin.

Sah bagi tempoh satu (1) tahun sahaja dan lanjutan bagi tempoh setahun ke setahun berikutnya.

Kontrak Pekerjaan Untuk Pekerja Bukan Pemastautin.

Setiap pekerja bukan pemastautin yang digaji hendaklah menandatangani kontrak pekerjaan dengan majikannya untuk tempoh satu tahun yang mana boleh dilanjutkan bagi tempoh setahun ke tahun berikutnya.

Perlindungan Di Bawah Skim Insuran Yang Diluluskan

Setiap majikan hendaklah melindungi setiap pekerja bukan pemastautin (kecuali pekerja-pekerja imigran yang digaji sebagai pembantu rumah) di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952. 

Syarat Tambahan Permohonan Lesen Untuk Menggaji Pembantu Rumah

  • Umur pembantu rumah mestilah tidak kurang daripada 18 tahun sehingga 60 tahun bagi warganegara Indonesia dan tidak kurang 25 tahun sehingga 60 tahun bagi warganegara Filipina;
  • Pemohon mestilah seorang isteri;
  • Pemohon mestilah mempunyai pendapatan atau gaji terkumpul seperti berikut untuk menggaji:-
    • Warganegara Indonesia: RM1,500.00 sebulan; manakala bagi
    • Warganegara Filipina:RM3,000.00 sebulan

 

Borang-Borang Permohonan Untuk Urusan Permohonan Lesen

Borang JTK/PPA/1/04

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

/* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin-top:0in; mso-para-margin-right:0in; mso-para-margin-bottom:10.0pt; mso-para-margin-left:0in; line-height:115%; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:"Times New Roman"; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}

Untuk Permohonan Baru, Pembaharuan Lesen, Penggajian Pembantu Rumah, Permohonan Bagi Pertukaran Tempat Kerja dan Tambahan Pekerja

Lampiran JTK/PPA/4/04

Butir-Butir Pekerja-Pekerja Bukan Pemastautin Yang akan Digaji

Borang JTK/PPA/5 Pin.1/04

 

Untuk Permohonan Bagi Mendapatkan Salinan Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin

Format Kontrak Pekerjaan

 

Penalti-Penalti Di Bawah Perundangan-Perundangan Buruh 

Seksyen 130(L), Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)

Memperuntukkan denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau hukuman penjara tidak melebihi 6 bulan bagi kesalahan menggaji pekerja bukan pemastautin tanpa mendapatkan Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin.

 

Seksyen 26 (6), Akta Pampasan Pekerja 1952

Memperuntukan denda tidak melebihi RM 20,000.00 atau hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya pihak majikan gagal menginsurankan pekerja asing dalam penggajiannya Di bawah Skim Insuran Pampasan Pekerja Asing Yang Diluluskan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952.

 

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

/* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin-top:0in; mso-para-margin-right:0in; mso-para-margin-bottom:10.0pt; mso-para-margin-left:0in; line-height:115%; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:"Times New Roman"; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}

SENARAI SEMAK PERMOHONAN LESEN UNTUK MENGGAJI PEKERJA BUKAN PEMASTAUTIN

Pembantu Rumah

·    Permohonan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

·    Umur pekerja mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun bagi pembantu rumah warganegara Indonesia dan tidak kurang 25 tahun hingga

   60 tahun bagi Filipina. 

·    Pemohon mestilah seorang isteri;

·    Pemohon mestilah mempunyai pendapatan terkumpul bagi sebulan seperti berikut:-

·    Pembantu rumah warganegara Indonesia - RM 1, 500.00 sebulan.

·    Pembantu rumah warganegara filipina - RM 3, 000.00 sebulan.

·    Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan dalam Borang JTK/PPA/1/04 dan sertakan dokumen-dokumen berikut:-

·    Salinan Kad Pengenalan / Passport Pemohon

·    Salinan slip gaji/borang J Cukai Pendapatan terbaru pemohon (Suami & Isteri) .

·    Salinan sijil perkahwinan pemohon.

 

Buruh Am - Permohonan Baru atau Tambahan Pekerja

·    Permohonan lesen ini tertakluk pada kelulusan kuota dari Pusat Kelulusan Setempat (OSC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang akan dijalankan di Jabatan Imigresen Malaysia Sabah

Buruh Asing bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

·    Pemohon hendaklah menggunakan borang-borang :-

·    Borang JTK/PPA/1/04

·    (Untuk Permohonan Baru, Tambahan Pekerja dan Permohonan Bagi Pertukaran Tempat Kerja).

·    Lampiran JTK/PPA/4/04

·    Butir-Butir Pekerja-Pekerja Imigran Yang akan Digaji

 

Setiap permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen berikut:-

·    Salinan kad Pengenalan / passport pemohon

·    Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat ( Borang 9, 24 dan 49 )

·    Salinan Lesen Perniagaan ( Bagi Syarikat )

·    Salinan Geran Tanah ( Bagi sektor Pertanian )

·    Salinan Penyata Cukai Pendapatan pemohon terkini

·    Salinan Polisi Insurans Pampasan Pekerja ( bagi permohonan tambahan pekerja )

·    Salinan Lesen untuk menggaji pekerja imigran (bagi permohonan tambahan pekerja )

·    Lesen merekut pekerja (jika ada)

·    Contoh surat perlantikan / kontrak pekerjaan pekerja

 

Pembaharuan Lesen

·    Pemohon hendaklah mengemukakan borang permohonan Borang JTK/PPA/1/04 dan

    hendaklah menyertakan dokumen-dokumen berikut:- 

·    Salinan Lesen menggaji pekerja bukan Pemastautin yang lama

·    Salinan Polisi Pampasan Pekerja (Untuk Buruh Am sahaja)

·    Salinan Lesen Perniagaan

·    Salinan Contoh Kontrak Pekerjaan

·    Salinan Slip Gaji/Penyata Cukai Pendapatan (Borang J) terbaru bagi pemohon pembantu

    rumah.

Page generated in 0.06282 seconds.