Pemeriksaan Berkanun adalah satu aktiviti yang dijalankan oleh para pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja Sabah bagi memastikan para majikan menjalankan tanggungjawab mereka dengan mematuhi peruntukan-peruntukan yang ditetapkan di bawah perundangan buruh khususnya Ordinan Buruh (Sabah, Bab. 67) di tempat-tempat pekerjaan.

Pemeriksaan Berkanun juga melibatkan pemeriksaan terhadap dokumen-dokumen berkaitan dengan penggajian pekerja dan juga merangkumi pemeriksaan ke kawasan perumahan pekerja yang disediakan oleh majikan bagi memastikan kemudahan yang disediakan adalah mengikut standard yang ditetapkan.

Proses Kerja Bagi Aktiviti Pemeriksaan Berkanun

Langkah Proses Kerja

1

Majikan terima notis atau surat makluman pemeriksaan Berkanun dan Borang JB1A-PIN 1/2000 dari Pejabat Buruh ( 2 minggu)

2

Majikan melengkapkan Borang JB1A-PIN. 1/2000 dan memastikan beliau boleh hadir pada tarikh yang diberikan oleh Jabatan Tenaga Kerja ( 1 Hari )

3

Majikan menyediakan segala dokumen yang berkaitan untuk pemeriksaan (seperti di senarai semak). Majikan hadir dan menyerahkan borang JB1A-PIN. 1/2000 kepada Pegawai Tenaga Kerja yang membuat pemeriksaan ditempatnya.

4

Pegawai menjalankan pemeriksaan dengan majikan memberi kerjasama yang penuh termasuk menjawab segala pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan. ( 2 jam )

5

Majikan membenarkan Pegawai Tenaga Kerja menyoal wakil pekerja / wakil kesatuan sekerja ( 1/2 jam )

6

Menerima syor-syor yang dikemukakan oleh Pegawai Tenaga Kerja dan mematuhi syor-syor berkenaan. ( 1 minggu )

7

Melaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja berhubung penambahbaikan yang dilakukan atas syor-syor yang dikemukakan oleh Pejabat Tenaga Kerja ( 1 bulan )

SENARAI SEMAK        

Perkara yang diperlukan semasa pemeriksaan

  •  Borang JB1A-PIN. 1/2000 yang telah dipenuhi oleh majikan       
  •  Daftar Pekerja / Check roll        
  •  Daftar gaji pekerja       
  •  Daftar kerja lebih masa
  •  Rekod Cuti      
  •  Lesen menggaji pekerja imigran - jika ada         
  •  Insurans pampasan pekerja      
  •  Wakil pekerja atau wakil kesatuan sekerja untuk ditemuduga       
  •  Dokumen-dokumen berkaitan


                                                                                                                                             

 

Page generated in 0.06867 seconds.