Pendahuluan

Mulai 1 April 1993 semua pekerja pendatang asing (imigran) yang dijamin oleh majikan adalah dilindungi oleh Akta Pampasan Pekerja 1952. Sehubungan dengan itu, di bawah Seksyen 26(1) akta tersebut menghendaki setiap majikan mestilah mengambil polisi insurans pampasan pekerja daripada mana-mana Panel Insurans yang dilantik oleh kerajaan untuk Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) yang berkuatkuasa mulai 1 Mac 1998 yang dibuat di bawah Seksyen 26(2) Akta yang sama. Majikan yang gagal mematuhi peruntukan ini adalah melakukan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM 20,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Kos pembelian insuran ini tidak boleh dipotong daripada pendapatan pekerja berkenaan semasa dalam perkhidmatan majikannya dan jika didapati ada potongan sedemikian maka majikan adalah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali (Seksyen 26 (5) Akta Pampasan Pekerja 1952).  

Kesalahan-Kesalahan Di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952   

1.      

Gagal melapor kemalangan (Seksyen 13)

 

Kesalahan Pertama         Denda 5,000.00

Kesalahan Kedua          Denda RM 10,000.00

2.      

Gagal beri laporan / maklumat (Seksyen 23)

Denda RM 5,000.00

3.      

Gagal beli Insuran (Seksyen 26(1))

Denda RM 20,000.00 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya

4.      

Potongan gaji pekerja untuk bayar premium Insuran (Seksyen 26 (5))

Denda RM 5,000.00 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya

 

Panel Insurans yang dilantik untuk Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA):

1 ACE Jerneh Insurance Berhad

2 AIG Malaysia Insurance Berhad

3 Allianz General Insurance Malaysia Berhad

4 AmGeneral Insurance Berhad

5 AXA Affin General Insurance Berhad

6 Berjaya Sompo Insurance Berhad

7 Etiqa Insurance Berhad

8 Etiqa Takaful Berhad

9 Hong Leong MSIG Takaful Berhad

10 AIA Bhd.

11 Lonpac Insurance Berhad

12 MCIS Zurich Insurance Berhad

13 MAA Takaful Berhad

14 MSIG Insurance (Malaysia) Berhad

15 Multi-Purpose Insurans Bhd.

16 Overseas Assurance Corporation (Malaysia) Berhad

17 Pacific & Orient Insurance Co. Berhad

18 Progressive Insurance Bhd

19 Prudential BSN Takaful Berhad

20 QBE Insurance (M) Berhad

21 RHB Insurance Berhad

22 Syarikat Takaful Malaysia Berhad

23 Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

24 The Pacific Insurance Berhad

25 Tokio Marine Insurans (M) Berhad

26 Tune Insurance Malaysia Berhad

27 Uni. Asia General Insurance Berhad

28 Zurich Insurance Malaysia Berhad

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

/* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:10.0pt; font-family:"Times New Roman","serif";}

Jika majikan mengambil polisi insurans selain daripada syarikat-syarikat insuran di atas, maka ia adalah tidak sah dan melanggar peruntukan Seksyen 26, Akta Pampsan Pekerja 1952. Oleh itu majikan adalah dinasihatkan supaya memberhentikan polisi insurans berkenaan dan mengambil polisi daripada salah satu syarikat insurans yang dilantik di atas.

 

Pampasan Pekerja

Jabatan Tenaga Kerja Sabah merupakan satu Jabatan yang menguatkuasa Akta Pampasan Pekerja 1952 kepada semua majikan yang menggaji pekerja asing. Jabatan ini juga berperanan melaksanakan taksiran pampasan ke atas kecederaan pekerja asing yang terlibat dengan kemalangan di tempat pekerjaan. Pembayaran wang pampasan kepada ahli waris pekerja asing yang mengalami kemalangan maut adalah di bawah tanggungjawab Panel Penanggung Insurans melalui Sistem Pampasan Pekerja Asing (SPPA).

Tanggungjawab Majikan

Setiap majikan yang menggaji pekerja asing hendaklah memastikan setiap pekerja asing di bawah penggajiannya telah diinsuranskan dengan Panel Penanggung Insurans yang telah dilantik di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA). Seksyen 26 (6), Akta Pampasan Pekerja 1952 memperuntukkan denda sebanyak RM20,000.00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali bagi mana-mana majikan yang gagal menginsuranskan pekerja asingnya.

Jenis-Jenis Kemalangan

i) Hilang Upaya Sementara

ii) Hilang Upaya Kekal

iii) Maut

Borang tuntutan insurans boleh didapati di Jabatan Tenaga Kerja Sabah atau Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan.

 

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan Insurans

a) Kes Hilang Upaya Kekal / Hilang Upaya Sementara

- Notis Kemalangan daripada majikan

- Borang PP1

- Borang Laporan Kemalangan (PP2)

- Perakuan Perubatan (Lab. 90)

- Sijil Cuti Sakit

 

b) Kes Maut

- Notis Kemalangan daripada majikan

- Borang PP1

- Borang Laporan Kemalangan (PP2 & PP2A)

- Sijil Kematian

- Laporan Bedah Siasat

- Laporan Polis

 

 

 

Page generated in 0.07029 seconds.