Akta Tuntutan Pampasan Pekerja

Satu undang-undang yang dikenali sebagai Akta Pampasan Pekerja telah digubal untuk memberi pampasan kepada pekerja asing yang memiliki dokumen penggajian yang sah sekiranya berlaku kecederaan atau sekiranya berlaku kematian kepada tanggungannya dengan syarat kematian tersebut berlaku semasa dalam menjalankan pekerjaannya.

Kategori Tuntutan Pampasan

  • Hilang Upaya Sementara
  • Hilang Upaya Kekal
  • Maut

 Siapa Yang Perlu Diliputi Di Bawah Akta Pampasan

Di bawah Section 2(1) menyebut antara lain:"...."workman"...Means any person who has, either before or after the commencement of this Act entered into or works under a contract of service or of apprenticeship with an employer, whether the contract is expressed or implied or is oral or in writing, whether the remuneration is calculated by time or by work done and whether by the day, week, month or any longer period....." 

 Siapa Yang Akan Membayar Pampasan

Majikan adalah bertanggungjawab membayar pampasan untuk apa-apa kemalangan industri. section 3 (1) menyebut:


"Employer includes the Government of each of the states...any local authority , any person or body of persons whether statutory or incorporated or not, the legal person representatives of a deceased employer, and in relation to a person employed for the purpose of any game or recreation and engaged or paid through a club, the manager or members of the managing committee of the said club: provided that where the services of a workman are temporarily lent or let on hire to another person by the person with whom the workman has entered into a contract of service or apprenticeship, the latter shall,...continue to be the employer of the workman whilst he is working for that other person".

Dibawah section 19 majikan adalah dipanggil "principal" dan bertanggungjawab juga untuk membayar pampasan jika dia melantik kontraktor untuk melaksanakan keseluruhan atau sebahagian kerja bagi pihaknya.Selain daripada membayar pampasan, majikan juga bertanggungjawab membayar apa-apa perbelanjaan rawatan kepada pekerjanya yang mendapat kemalangan dalam masa bekerja - Section 4(1)(a). 

Siapa Yang Akan Mendapat Pampasan

Dalam kes-kes yang tidak melibatkan kemalangan maut, pekerja adalah berhak untuk menerima pampasan. Jika kes maut maka tanggungannya yang berhak menerima pampasan (Section 7(1).
Dibawah section 3 (1) tanggungan atau dependant bermaksud:" ...any member of the family of a deceased workman who wholly or in part depended upon his earnings at the time of his death...." 

Mulai 1 April 1993 semua pekerja pendatang asing (imigran) yang dijamin oleh majikan adalah dilindungi oleh Akta Pampasan Pekerja 1952. Sehubungan dengan itu, di bawah section 26(1) akta tersebut menghendaki setiap majikan mestilah mengambil polisi insurans pampasan pekerja daripada mana-mana Panel Insurans yang dilantik oleh kerajaan untuk Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) yang berkuatkuasa mulai 1 Mac 1998 yang dibuat dibawah section 26(2) Akta yang sama. Majikan yang gagal mematuhi peruntukan ini adalah melakukan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM 20,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Kos pembelian insuran ini tidak boleh dipotong daripada pendapatan pekerja berkenaan semasa dalam perkhidmatan majikannya dan jika didapati ada potongan sedemikian maka majikan adalah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM 5, 000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali (Section 26(5) Akta Pampasan Pekerja 1952).  

Kesalahan-Kesalahan Dibawah Akta Pampasan Pekerja 1952   

1.      

Gagal melapor kemalangan (Seksyen 13)

 

Kesalahan Pertama         Denda 5,000

Kesalahan Kedua            Denda Rm 10,000

2.      

Gagal beri laporan / maklumat (seksyen 23)

Denda RM 5,000

3.      

Gagal beli Insuran (Seksyen 26(1))

Denda RM20,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya

4.      

Potongan gaji pekerja untuk bayar premium Insuran (Seksyen 26 (5))

Denda RM 5,000 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya

 

 

Panel Insurans yang dilantik untuk Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA):

1 ACE Jerneh Insurance Berhad

2 AIG Malaysia Insurance Berhad

3 Allianz General Insurance Malaysia Berhad

4 AmGeneral Insurance Berhad

5 AXA Affin General Insurance Berhad

6 Berjaya Sompo Insurance Berhad

7 Etiqa Insurance Berhad

8 Etiqa Takaful Berhad

9 Hong Leong MSIG Takaful Berhad

10 AIA Bhd.

11 Lonpac Insurance Berhad

12 MCIS Zurich Insurance Berhad

13 MAA Takaful Berhad

14 MSIG Insurance (Malaysia) Berhad

15 Multi-Purpose Insurans Bhd.

16 Overseas Assurance Corporation (Malaysia) Berhad

17 Pacific & Orient Insurance Co. Berhad

18 Progressive Insurance Bhd

19 Prudential BSN Takaful Berhad

20 QBE Insurance (M) Berhad

21 RHB Insurance Berhad

22 Syarikat Takaful Malaysia Berhad

23 Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

24 The Pacific Insurance Berhad

25 Tokio Marine Insurans (M) Berhad

26 Tune Insurance Malaysia Berhad

27 Uni. Asia General Insurance Berhad

28 Zurich Insurance Malaysia Berhad

Jika majikan mengambil polisi insurans selain daripada syarikat-syarikat insuran di atas, maka ia adalah tidak sah dan melanggar peruntukan Section 26 Akta Pampsan Pekerja 1952. Oleh itu majikan adalah dinasihatkan supaya memberhentikan polisi insurans berkenaan dan mengambil polisi daripada salah satu syarikat insurans yang dilantik di atas 

 

Page generated in 0.06717 seconds.