Jabatan Tenaga Kerja Sabah bertanggungjawab dalam menyiasat dan menyelesaikan aduan-aduan yang diterima dari pekerja di Sabah. Aduan yang diterima boleh dikategorikan kepada 2 jenis kategori :

 Kes Aduan Pekerja

Kes aduan tentang pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat penggajian yang tidak melibatkan tuntutan kewangan seperti, pembuangan kerja, cuti, masa bekerja, penganiayaan, penggajian pendatang tanpa izin, dan lain-lain.

  Kes Tuntutan Pekerja

Kes aduan yang melibatkan tuntutan kewangan seperti, gaji, bayaran gaji ganti notis, pemberhentian kerja, bonus, komisen, faedah-faedah pemberhentian kerja. kenaikan gaji dan sebagainya.

 

Pengendalian Kes Aduan Pekerja

 Senarai Semak

·         Pengadu perlu mengemukakan alamat penuh majikan.

·         Salinan surat perlantikan atau tawaran pekerjaan.

·         Salinan terma-terma dan syarat-syarat am perkhidmatan pekerjaan.

·         Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

 

Pengendalian Kes Tuntutan Pekerja

  Senarai Semak

 ·         Pengadu perlu mengemukakan alamat penuh majikan.

 ·         Salinan surat perlantikan atau tawaran pekerjaan.

 ·         Salinan terma-terma dan syarat-syarat am perkhidmatan pekerjaan.

 ·         Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

 

BORANG-BORANG

 

  Borang Aduan/Tuntutan Pekerja 

 

Page generated in 0.06628 seconds.