Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum WBKTH dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelayar Laman Web Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sabah ini yang terdiri daripada para pekerja, kesatuan sekerja, pihak majikan, pelabur dan masyarakat awam keseluruhannya. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah dapat merealisasikan Laman Web JTK Negeri Sabah ini bagi memberi informasi, membuka minda dan memberi ruang maklumat kepada semua pelayar laman ini.

Melalui laman yang disediakan, para pelanggan jabatan dan masyarakat awam pastinya akan mendapat maklumat mengenai visi dan misi serta perkhidmatan yang disediakan oleh JTK Sabah. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga turut dimuatkan di dalam laman ini bertujuan untuk menyalurkan maklumat terkini yang telah atau akan dilaksanakan oleh jabatan.

Tahun 2017 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran kepada kita semua terutamanya kepada warga kerja JTK Sabah. Keadaan ekonomi yang tidak menentu dan andaian sesetengah pihak mengenai pengurangan jumlah tenaga kerja di tempat kerja perlu diambil perhatian dan tindakan yang lebih serius.


Tumpuan utama kita adalah PENGUATKUASAAN dan PENEMPATAN.


Kita perlu memastikan setiap majikan mematuhi peruntukan perundangan bagi memastikan kebajikan pekerja sentiasa terpelihara.


Kita juga perlu memastikan pencari kerja mendapat pekerjaan yang sewajarnya. Pekerja perlu dibayar upah sekurang-kurangnya mengikut kadar gaji minima. Majikan amat digalakkan membayar upah yang lebih bagi pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu.


Marilah kita sama-sama bekerja dalam satu pasukan dengan penuh tanggungjawab, amanah dan berintegriti.


TUGAS ADALAH IBADAH. BIASAKAN YANG BETUL.. BETULKAN YANG BIASA..

SELAMAT MENEMPUH TAHUN 2017 DENGAN JAYANYA.


Sekian, terima kasih.

KAMAL PARDI

Pengarah

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sabah.

Page generated in 0.06736 seconds.