Sejarah Penubuhan

Jabatan Tenaga Kerja Sabah mula wujud semasa pentadbiran British North Borneo Company dalam pentadbiran British North Borneo Company dalam tahun 1880. Ianya diwujudkan dan dikenali sebagai "The Chinese Protectorate" untuk menampung keperluan membawa masuk pekerja-pekerja pendatang dari negeri China ke negeri ini. Apabila keperluan membawa masuk tenaga pekerja pendatang ini dialihkan kepada pekerja-pekerja dari Jawa dan Indonesia. Jabatan ini telah dikenali sebagai "The Proctector of Labour".

Selepas Perang Dunia Kedua, dalam pertengahan tahun 1947, langkah-langkah untuk menyusun semula jabatan ini telah dibuat dan pada 01 Januari 1948, jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Buruh dan Imigresen. Mulai tahun 1954, fungsi-fungsi Imigresen telah dipindahkan ke Jabatan Polis dan nama Jabatan ini telah ditukar kepada Jabatan Buruh dan Kebajikan sehinggalah pada awal tahun 1968, bilamana fungsi kebajikan dan buruh telah diasingkan maka Jabatan Buruh wujud secara sendirinya.

Kini bermula pada bulan Febuari 2003 Jabatan Buruh Sabah telah dikenali sebagai Jabatan Tenaga Kerja Sabah sehingga sekarang.

Latarbelakang Jabatan Tenaga Kerja Sabah

Jabatan Tenaga Kerja Sabah merupakan satu daripada jabatan-jabatan dibawah Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. Jabatan ini bertanggung-jawab secara terus kepada Kementerian Sumber Manusia, Malaysia di dalam hal Pentadbiran dan Penguatkuasaan Undang-Undang Buruh di Sabah, dalam mencapai objektif jabatan khususnya dalam memelihara kebajikan serta kepentingan para pekerja dan mewujudkan suasana perhubungan perusahaan yang harmoni dan kondusif di negeri ini.

IBU PEJABAT

Kota Kinabalu

 

PEJABAT BAHAGIAN

Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Keningau , Kudat, Beaufort

 

PEJABAT CAWANGAN

Lahad Datu, Semporna , Kunak, Kota Kinabatangan, Sipitang, Kota Belud, Tenom, Kota Marudu, Ranau

 

 

 

Page generated in 0.0666 seconds.