JOHOR BAHARU : Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan menyokong permohonan mana-mana pengusaha atau persatuan pengangkutan awam darat untuk mengambil pekerja asing untuk menampung kekurangan pekerja

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata mereka sebaliknya perlu mencari inisiatif ataupun formula lain untuk menangani isu terbabit.

"SPAD tidak akan menyokong permohonan ini. Pengusaha atau persatuan perlu mencari inisiatif atau formula untuk menarik pekerja khasnya golongan muda untuk bekerja di sektor ini," katanya.

Page generated in 0.067 seconds.