BERNAMA
Kuala Lumpur: Mengkaji semula Komitmen Mandatori Majikan (EMC) dan isu permit pekerja asing adalah antara permintaan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) bagi Bajet 2018 yang akan datang.Presidennya, Datuk Ter Leong Yap berkata, NCCIM berharap kerajaan akan turut mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai pendapatan korporat, menangani kos yang tinggi untuk menjalankan perniagaan dan mengkaji semula Sistem Insurans Pekerjaan (EIS).
“Selain itu, insentif yang sesuai termasuk elaun modal perlu diberikan untuk mempromosikan inovasi, penggunaan teknologi digital dan e-dagang,” katanya pada perasmian Forum Ekonomi NCCIM 2017 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, semalam.Ter berkata, ekonomi masa depan akan dipacu oleh teknologi dan inovasi susulan evolusi yang berterusan secara radikal akan mengubah cara untuk menjalankan perniagaan.

“Apa yang kita biasa lihat sebagai mustahil kini menjadi realiti. Trend mega ini akan mempunyai kesan yang memberi peluang dan menjejaskan dalam semua perkara yang kita lakukan,” katanya.Beliau berkata memandangkan dunia sedang menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat, kilang menggunakan ekosistem pembuatan pintar yang dipacu oleh teknologi baru seperti ‘Internet of Things’, ‘Analysis of Things’, Kecerdasan Buatan, Pengkomputeran Awan, Analisis Data Raya dan Analisis Ramalan.“Robot industri yang lebih pintar, cepat dan cekap sedang mengubah dunia pembuatan,” katanya.Beliau berkata, forum sehari itu turut membincangkan pandangan yang membolehkan peserta
mendapat pemahaman yang lebih baik mengenai landskap perniagaan global yang tanpa had.

Page generated in 0.09343 seconds.