AiLiSea year ago

Hello JTK Sabah,

Saya ingin bertanya tentang gaji yang dipaparkan pada offer letter dan beberapa perkara yang lain;-

1. Jika offer letter memaparkan gaji sebulan adalah RM2,000, dan saya telah berkerja selama lebih sebulan (masih dalam jangka probation period), dan gaji dibayar adalah kurang daripada RM2,000, dan majikan masih belum memberikan notis pemberitahuan tentang sebab mengapa saya dibayar kurang daripada yang tertera pada kontrak, adakah ini dibenarkan berlaku?

2. Adakah disebabkan saya masih dalam "probation period" maka majikan tidak memberikan gaji seperti yang dipaparkan pada offer letter? (Namun saya melihat rakan sekerja yang lain diberikan gaji mengikut paparan pada offer letter mereka).

2. Jika ia disebabkan "performance", walaupun offer letter tidak memaparkan clause tentang penolakan/penurunan gaji, adakah ini dianggap valid?

3. Namun jika "performance" diukur adalah berat sebelah dan tidak disiasat dengan betul dan mendalam seperti;
i. "performance" saya diukur adalah melalui "subjective reasoning" seorang pekerja senior yang rapat dengan manager yang tidak menyukai saya
ii. pantauan yang sangat kurang daripada majikan
iii. serta guidance tidak diberikan dengan secukupnya sehingga perkerja terkapai-kapai mencari jalan walaupun telah bertanya untuk diberikan tunjuk ajar.
Adakah wajar hanya dalam sebulan (tanpa siasatan daripada majikan) saya diberikan pengurangan gaji?

Untuk makluman, turnover-rate pada firma ini adalah SANGAT tinggi.
Saya merasakan saya telah sengaja dipergunakan dan bersedia untuk terminate contract di antara saya dan majikan jika "breach of contract" telah berlaku.

 

Jabatan Tenaga Kerja Sabah Mod AiLiSea year ago

Terima kasih kerana menghubungi Laman Web Rasmi JTK Sabah.

Majikan dianggap melanggar kontrak jika tidak membayar gaji kepada pekerja-pekerja menurut –Seksyen 13A(1) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) . Sehubungan itu kontrak yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sepatutnya menjadi pematuhan
dan rujukan apabila salah satu pihak tidak mematuhi kontrak tersebut.

The wage or salary an employee is entitled to receive , as well as how it is calculated, will be detailed in the express terms of contract.

Sila hubungi Pejabat Tenaga Kerja Sabah yang terdekat untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut tentang pengalaman pekerjaan yang dialami.


 

Awellson Chonga year ago

Salam JTK Sabah .
sekiranya seorang pekerja mengemukakan notis berhenti kerja selama Satu (1) minggu tetapi dalam tempoh notis itu pekerja tersebut tidak hadir sehari dalam tempoh notis , adakah ia memberi kesan apa-apa terhadap notis tersebut ?

Jabatan Tenaga Kerja Sabah Mod Awellson Chonga year ago

Terima kasih kerana menghubungi Laman Web Rasmi JTK Sabah.
Tidak hadir bekerja dalam tempoh notis akan mengakibatkan gaji pekerja tidak dibayar dalam hari tersebut.
Pematuhan terhadap notis adalah tanggungjawab pekerja tersebut dalam pematuhan apa yang dijanji kepada majikan. -Seksyen 11(1) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)


 

rachel sawa year ago

Persoalan tentang lesen buruh

Perlukah sesebuah syarikat memohon lesen buruh untuk pekerja yang bergaji RM2,500 ke bawah dan juga merupakan pemegang kad pengenalan warna biru dan merah?

Terima Kasih.

Jabatan Tenaga Kerja Sabah Mod rachel sawa year ago

Terima kasih kerana menghubungi Laman Web Rasmi JTK Sabah.

Bagi pengambilan pekerja bukan pemastautin atau pekerja bukan berasal dari Sabah seperti dalam Akta Imigresen 1959/1963 / Seksyen 2 Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) , perlu memohon lesen penggajian pekerja bukan pemastautin tersebut. Penduduk Sabah yang bekerja tidak perlu memohon lesen penggajian.


 

Page generated in 0.05335 seconds.