3p Sandakan

Pada 20 September 2014 lalu, Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan telah mengadakan Program Karnival Pekerjaan 3P Peringkat Daerah Beaufort bertempat di Dewan Pa'Musa, Beaufort dan dirasmikan oleh YB Datuk Hjh Azizah Bt.Mohd Dun(Timb.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat).

Sebanyak lebih 600 kekosongan ditawarkan oleh 20 majikan yang turut serta di dalam program ini. Lebih daripada 1000 pengunjung telah hadir dan terdiri di kalangan pencari kerja dan orang awam.

Ceramah kerjaya dan hadiah cabutan bertuah turut diadakan bersempena dengan Program Komuniti 1 Malaysia bersama PDRM dan Pejabat Daerah Beaufort.

Page generated in 0.07255 seconds.