Jabatan Tenaga Kerja Sabah bertanggungjawab dalam menyiasat dan menyelesaikan aduan-aduan yang diterima dari pekerja di Sabah.

Pekerja yang tertakluk dibawah Ordinan Buruh Sabah boleh membuat aduan di mana-mana Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dengan premis perkerjaan mereka.

 

 Kes Aduan Pekerja

Kes aduan tentang pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat penggajian yang tidak melibatkan tuntutan kewangan seperti, pembuangan kerja, cuti, masa bekerja, penganiayaan, penggajian pendatang tanpa izin, dan lain-lain.

 

Pengendalian Kes Aduan Pekerja

 Senarai Semak

·         Pengadu perlu mengemukakan alamat penuh majikan.

·         Salinan surat perlantikan atau tawaran pekerjaan.

·         Salinan terma-terma dan syarat-syarat am perkhidmatan pekerjaan.

·         Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

 

 

 

Page generated in 0.08204 seconds.